Friday, December 5, 2008

DISEBALIK NAMA BUDI SUCI SEJATI

sesungguhnya amalan ini mempunyai mempunyai keunikkan dan keistimewaannya meliputi 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi yang mana sesuai dengan maratabat kecahayaannya yang bersumber dari dzat yang maha agung.
melalui pengasas budi suci sejati di malaysia dan singapura, allahyarham bapak haji hashim bin haji shariff yang telah menerangkan akan perihal makna budi suci sejati
" yang dikatakan BUDI ialah suatu cahaya yang terang lagi kekal didalam ruh kita, SUCI pula ialah suatu mahligai yang indah dan kukuh dalam diri kita iaitu kepercayaan. manakala kedua-dua haq kita itu tadi menjadi amalan kita dalam kehidupan seharian yang dinamakan sebagai SEJATI."
lihatlah walaupun penerangannya bersifat umum namun cukup untuk mengetahui akan HAQ yang didalam diri yang dijadikan suatu amalan dalam kehidupan
huraiannya disini cukup mudah iaitu yang dikatakan BUDI IITU IALAH CAHAYA DALAM RUH YANG BERSINAR TERANG DAN KEKAL. maknanya disini telah pun jelas lagi nyata bahawa ruh itu adalah dari kejadian rahsia tuhan yang tidak dibenarkan manusia & sekalian makhluk mengetahuinya melainkan amat sedikit. seperti menurut ayat al-quran itu sendiri menjelaskan, "bahawa ruh itu adalah urusanKU". yang telah diketahui oleh manusia itu bahawa kejadian ruh itu dari kecahayaanNYA. MAKA SUMBER KECAHAYAAN MILIKNYA ITULAH YANG DIBERIKAN MANUSIA MENJADI HAQ KITA UNTUK MENGETAHUI PERIHAL YANG MAHA HAQ. perlulah bagi manusia mengetahui bahawa kecahayaan itu hanya akan menerangi ruh dan diri apabila seseorang itu mengetahui, mengakui dan mengamalkannya atas kehidupan seharian yang dialami kerana IA ADALAH RAHSIA KEHIDUPAN JIWA/RAHSIA CINTAKAN KEDAMAIAN.
seperti huraian umum tadi oleh pengasas yang menyatakan bahawa SUCI ITU IALAH SUATU KEPERCAYAAN. apakah kepercayaan itu?ia adalah suatu keimanan yang mempercayai akan kewujudan yang maha pencipta. dimanakah letaknya kepercayaan itu? mahligai itu ialah hati kita. dimana seperti hadis rasulullah s.a.w yang menerangkan bahawa peribadi manusia itu terletak pada hati. jika hatinya bersih maka bersihlah peribadi diri keseluruhannya. begitulah jua sebaliknya. disini bagi para pengamal BSS, WAJIBLAH ATASNYA MENCAPAI KEYAKINAN DAN BUKAN LAGI KEPERCAYAAN. kepercayaan itu mudah goyah dan boleh dihapuskan namun tidak dengan keyakinan. ini kerana para pengamal BSS telah pun mengetahui dan memiliki rahsia KECAHAYAANNYA.maka jika masih tiada keyakinan yang terbit dalam diri apabila mengamalkannya maka ia seolah-olah menidakkan kekuasaan & keagungan yang maha haq.maka apakah hukumnya anda?anda sendiri yang menentukannya..
maka kedua-dua haq menjadi amalan yang SEJATI. apakah sejati?pada tuhankah sejati itu atau diri yang sejati?mkna sejati disini ialah SEJATIKAN DIRI PADA YANG MAHA SEJATI ATAS KESEJATIAN AMALAN YANG HAQ DALAM KEHIDUPAN YANG MANA SEJATI DALAM SEGALA-GALANYA.
INILAH MAKNA DISEBALIK NAMA BUDI SUCI SEJATI...

4 comments:

paktehkadir said...

MARILAH SERTAI SAYA MENJANA RM150000
UNTUK HARI RAYA HEBAT
BERMODALKAN RM30
AKAUN MAYBANK no:158305265198
HUBUNGI SEGERA APABILA DAH BUAT PEMBAYARAN;TAK USAH SCANLAH.
INI BUKAN ALAM GHAIB
TETAPI IANYA DIALAM NYATA

Syarikat Jana Suci said...

Apakah pelajaran Keilmuan Budi Suci Sejati ini diajarkan oleh ulama?

AbiDamia said...

Disebalik Budi Suci Sejati ada Kebathinan Suci Sejati boleh bagi "Flash Back"?

gorgon hijau said...

adakah jurusan 50 itu berbalik pd yg USUL..